AFA

AFA

Mengandungi

AFA merupakan alga biru-hijau yang tumbuh liar. Dianggarkan terdapat lebih daripada 25,000 spesis alga. Alga boleh dikategorikan mengikut warna iaitu biru-hijau, hijau, merah, keemasan, perang dan ungu. Semakin gelap warnanya, lebih kuat spektrum ciri-ciri biokimianya. Alga biru-hijau yang liar adalah bebas sepenuhnya dari pengaruh sintetik-sintetik tiruan. Oleh kerana AFA tumbuh secara semula jadi dalam habitatnya tersendiri, maka ia mempunyai impak yang sangat baik untuk manusia

Lokasi yang menjadi sumber AFA utama terkaya di dunia adalah Tasik Klamath. Alga biru-hijau dari Tasik Klamath, Oregon, Amerika Syarikat adalah berbeza dari kebanyakan alga lain. Ianya tumbuh dengan liar dan bukannya diternak serta bebas dari bakteria tidak baik, logam berat (merkuri), racun dan lain-lain.

Mikroalga liar ini ditemui oleh sekumpulan saintis di Amerika Syarikat pada tahun 1998. Ianya merupakan satu-satunya hasil bumi yang telah dibuktikan secara klinikal mampu menggalakkan semula penghasilan 'Ibu Sel' atau Sel Induk Dewasa dan beberapa sel-sel penting lain seperti Sel Natural Killer (NK Cell) dari tulang sum-sum manusia secara semula jadi.